بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....
Hari ni koi nak kongsi pasal isu yang tengah hot...and isu ni agak membimbangkan....bile dengar psal bende ni..terasa sedih dan kesian kt golongan ni...
Mule2 koi pon tak tau psl golongan ni langsung..and tak penah selidik pon...tp sebab selalu sangat dengar tertanye2 plk pasal golongan ni...selidik punye selidik..terasa sedih pulak hati ni apabila kebanyakan golongan cerdik pandai terjebak dalam ajaran ni yang sangat terpesong dengan ajaran nabi kita,nabi muhammad S.A.W...
Okey,yg tak tau lagi tentang ajaran ni koi nak share sikit ilmu sama-sama 23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah
1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.
2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.
3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.
4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.
6.Menghalalkan nikah mutaah.
7.Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.
8.Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.
9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.
10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.
12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum(bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.
13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi
14.Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah(imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.
15.Kain kafan mayat mereka bertulis.
16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12
17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.
18.Suami halal meliwat isteri.
19.Harus taqiah(boleh menipu/berpura-pura)untuk menarik ahli suannah masuk syiah.
20.Mereka tidak ada solat teraweh.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.
21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.
22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibahyang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai..
Tu la antara ciri-ciri ajaran syiah yang jelas dan nyata amat sesat dan terpesong dengan Al-Quran dan sunnah nabi..
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).(Imam Malik).
Okey la..harap-harap kita sebagai umat islam akan lebih sensitif tentang masalah ni...insyaAllah dengan usaha dan tarbiah kita dapat memberi sedikit kesedaran dan mudah-mudahan Allah akan memberi mereka petunjuk dan hidayah dalam menuju jalan yang lurus yakni jalan yang diredhoi oleh Allah..insyaAllah,amin... ^_^...
Tuesday, 13 August 2013
Thursday, 4 July 2013
Ramadhan al-mubarak
![]() |
| Besarnya ganjarannya Ya Allah!! Subhanallah. |
★☆Sudah nak puasa ni...saya mungkin banyak salah pada kamu sengaja atau tidak jadi sebelum masuk ramadhan saya mohon maaf zahir batin kepada semua setulus hatiku
,,,,,,kembang melati sungguh lah indah,,,,,,,,
,,,,,,di tengah taman jadi hiasan,,
,,,harum RAMADHAN tercium sudah,,,,
,,,,,,,kalau ada KHILAF mohon di maaf kan,,,
,,,,,, makan roti sambil berlari,,,,,,,,
Bersih kan HATI SUCI KAN DIRI,,,,,,,,
,,,,bunga teratai terikat rapi,,,,,,,,,,,,,,
Lama di pandang indah sekali,,,,,,,,,
,,,,biar pun RAMADHAN kurang 10 hari lagi,,,,,,,,,
,,,mudah"an saya jadi orang pertama yg ngucapkn,,,,,,,,,,, SELAMAT BERPUASA ^_^☆★
Haa,nk pose jgn lpe niat plk ea..nk senang niat sbulan trus,hihi..
Hafal sekali dgn doa bkk pose ni ea..^_^
Sebagai hambanya, kita wajib menunaikan hak kita kepada tuhan kita..and ibadah puasa adalah salah-satunya...antara perkara2 yang kita perlu and patut belajar tentang ibadah puasa ni.... Ce bace ckit gambar kat bawah ni.. ^^
Pengertian berpuasa :
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
Dalil yang disyariatkan berpuasa :
- "(Masa yang diwajibkan berpuasa ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadikan pertunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk serta menjadi pembeza (antara yang benar dengan yang salah). (Oleh itu), sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu". (Al-Baqarah: 185)
- Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah swt dan sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah swt, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan."(Riwayat Ahmad dan Syaikhani)
- Begitu juga sabda Nabi saw kepada A'rabi (Arab Badawi) yang telah bertanya kepada Baginda:
"Beritahu kepada aku puasa yang telah difardhukan oleh Allah ke atas aku?" Jawab Baginda: "Puasa bulan Ramadan".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Perkara yang wajib kita buat untuk berpuasa adalah Rukun Puasa!! And klau korang buat pe yang bercanggah dengan rukun puasa ni, alamatnya sia-sia la pose korang..hihi..
Antaranya....
- Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
- Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.
Dan sebagai seorang muslim seperti yang kita tau, syarat sah puasa, kita mestilah seorang yang...
- Beragama Islam
- Berakal
- Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
- Hari yang sah berpuasa.
Hal yang membatalkan Puasa
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
- kedatangan haid atau nifas
- Melahirkan anak atau keguguran
- Gila walaupun sekejap
- Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
- Murtad atau keluar daripada agama Islam
Hari yang Disunatkan Berpuasa
- Hari isnin dan Khamis
- Hari putih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
- Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
- Enam hari dalam bulan Syawal
Hari yang diharamkan Berpuasa
- Hari raya Aidil Fitri (1 Syawal)
- Hari raya aidil Adha (10 Zulhijjah)
- Hari syak (29/30 Syaaban)
- Hari Tasrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)
Fadhilat dan kelebihan berpuasa pada bulan rejab, sya'ban, dan ramadhan adalah seperti dibawah... (hehe,ni kes malas nak
taip)
![]() |
| kelebihan Puasa Hari 'Arafah. |
![]() |
| Kelebihan berpuasa. |
wah,beruntungnye klau kita tunaikan amalan berpuasa ni an, alhamdulillah.....semoga Allah permudahkan amalan kita...
Puasa jugak bukanlah satu amalan untuk menahan lapar dan dahaga je, pelbagai amalan sunnah yang kita boleh lakukan seperti dibawah, ^_^ walaupun orang yang menulis ni pon tak buat semua..hehe...insyaAllah ini kalilah, kita ubah sama2 ea...
![]() |
| Kalau korang rasa berat nak buat 11 list tu, korang cuba la slow2... Cuba buat benda yang senang dulu... Seperti di bawah: |
Kalau korang nak lagi semangat, korang boleh buat checklist macam yang kat bawah ni.....insyaAllah, dapat la pahala penuh puasa korang tu :) Alhamdulillah..
![]() |
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)

.jpg)



.jpg)
.jpg)