Thursday, 4 July 2013

Ramadhan al-mubarak

Besarnya ganjarannya Ya Allah!! Subhanallah.
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


★☆Sudah nak puasa ni...saya mungkin banyak salah pada kamu sengaja atau tidak jadi sebelum masuk ramadhan saya mohon maaf zahir batin kepada semua setulus hatiku
,,,,,,kembang melati sungguh lah indah,,,,,,,,
,,,,,,di tengah taman jadi hiasan,,
,,,harum RAMADHAN tercium sudah,,,,
,,,,,,,kalau ada KHILAF mohon di maaf kan,,,

,,,,,, makan roti sambil berlari,,,,,,,,

Bersih kan HATI SUCI KAN DIRI,,,,,,,,

,,,,bunga teratai terikat rapi,,,,,,,,,,,,,,

Lama di pandang indah sekali,,,,,,,,,

,,,,biar pun RAMADHAN kurang 10 hari lagi,,,,,,,,,

,,,mudah"an saya jadi orang pertama yg ngucapkn,,,,,,,,,,, SELAMAT BERPUASA ^_^☆★


Haa,nk pose jgn lpe niat plk ea..nk senang niat sbulan trus,hihi.. 
Hafal sekali dgn doa bkk pose ni ea..^_^



Sebagai hambanya, kita wajib menunaikan hak kita kepada tuhan kita..and ibadah puasa adalah salah-satunya...antara perkara2 yang kita perlu and patut belajar tentang ibadah puasa ni.... Ce bace ckit gambar kat bawah ni.. ^^

PUASA

Pengertian berpuasa : 

Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.


Dalil yang disyariatkan berpuasa :



  • "(Masa yang diwajibkan berpuasa ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadikan pertunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk serta menjadi pembeza (antara yang benar dengan yang salah). (Oleh itu), sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu". (Al-Baqarah: 185)



  • Sabda Nabi saw yang bermaksud: 


"Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah swt dan sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah swt, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan."(Riwayat Ahmad dan Syaikhani)



  • Begitu juga sabda Nabi saw kepada A'rabi (Arab Badawi) yang telah bertanya kepada Baginda:

"Beritahu kepada aku puasa yang telah difardhukan oleh Allah ke atas aku?" Jawab Baginda: "Puasa bulan Ramadan".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  




Perkara yang wajib kita buat untuk berpuasa adalah Rukun Puasa!! And klau korang buat pe yang bercanggah dengan rukun puasa ni, alamatnya sia-sia la pose korang..hihi..
Antaranya....

  • Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
  • Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.
    

Dan sebagai seorang muslim seperti yang kita tau, syarat sah puasa, kita mestilah seorang yang...

  • Beragama Islam
  • Berakal
  • Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
  • Hari yang sah berpuasa.

Hal yang membatalkan Puasa
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
  • kedatangan haid atau nifas
  • Melahirkan anak atau keguguran
  • Gila walaupun sekejap
  • Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
  • Murtad atau keluar daripada agama Islam



Hari yang Disunatkan Berpuasa
  • Hari isnin dan Khamis
  • Hari putih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
  • Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  • Enam hari dalam bulan Syawal
Hari yang diharamkan Berpuasa
  • Hari raya Aidil Fitri (1 Syawal)
  • Hari raya aidil Adha (10 Zulhijjah)
  • Hari syak (29/30 Syaaban)
  • Hari Tasrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)


Fadhilat dan kelebihan berpuasa pada bulan rejab, sya'ban, dan ramadhan adalah seperti dibawah... (hehe,ni kes malas nak 
taip)

kelebihan Puasa Hari 'Arafah.
Puasa dibulan rejab, sya'aban dan ramadhan.

Kelebihan berpuasa.



wah,beruntungnye klau kita tunaikan amalan berpuasa ni an, alhamdulillah.....semoga Allah permudahkan amalan kita...
Puasa jugak bukanlah satu amalan untuk  menahan lapar dan dahaga je, pelbagai amalan sunnah yang kita boleh lakukan seperti dibawah, ^_^ walaupun orang yang menulis ni pon tak buat semua..hehe...insyaAllah ini kalilah, kita ubah sama2 ea...

Kalau korang rasa berat nak buat 11 list tu, korang cuba la slow2... Cuba buat benda yang senang dulu...
Seperti di bawah:
Kalau korang nak lagi semangat, korang boleh buat checklist macam yang kat bawah ni.....insyaAllah, dapat la pahala penuh puasa korang tu :) Alhamdulillah.. 



Sebarang komen dan cadangan amat dialu-alukan...sampaikanlah walaupun satu ayat...insyaAllah bersama-sama, jihad fi sabilillah ^^ assalamualaikum...